Wednesday, February 13, 2013

~ AiR mAta hAtI ~

Air mata ..
tidak pernah lekang dari diri ini .. seringkali berlinangan .. tidak pernah kering .. tidak pernah gersang .. pipi ini senantiasa dibasahi air mata jernih .. diri ini sering tertanya .. mengapa air mata tidak pernah berhenti mengalir .. ?? lalu hati menjawab .. segalanya kerana hati ini .. hati ini sering dilukai .. hati ini sering dikecewakan .. hati ini sering dipermainkan .. hati ini pernah diduakan .. hati ini tidak pernah merasa bahagia .. hati ini adalah penyebab kenapa air mata tidak pernah berhenti dari terus mengalir ..
Tetapi ..
air mata adalah penawar bagi hati .. setiap kali air mata itu menitis .. hati akan bertambah tegar .. hati tidak mahu lemah hanya kerana terluka .. hanya kerana kecewa .. kerana hati ini tahu .. sakit .. perit .. yang dirasainya hanya secebis .. bahkan tidak sama dengan sakit dan perit yang Rasulullah s.a.w rasai .. hati ini juga tahu .. setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan itu semua adalah ujian dari yang Maha Kuasa untuk menguji kekuatan dan keteguhan iman yang ada dalam hati ini .. air mata adalah adalah bukti keinsafan yang dirasai hati ..air mata adalah bukti ketakutan kepada yang Maha Agung ..
Air mata ..
jangan disalahkan hati kerana air mata tidak pernah berhenti mengalir .. kerana hanya air mata yang mampu menzahirkan setiap apa yang dirasai oleh hati .. dan air mata jugalah penawar serta cara menguatkan hati .. tanpa air mata .. hati akan kering .. kerana tiada lagi sumber kekuatan ..
Air mata ..
bukanlah tanda kelemahan .. tetapi air mata adalah bukti kekuatan .. :')

No comments:

Post a Comment